KUALA LUMPUR: Kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang menawarkan diskaun sehingga 50 peratus pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di sini, mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Seorang peniaga makanan dari Wangsa Maju Ismail Aziz, 28, berkata beliau tiba di Bukit Jalil sejak 6 pagi tadi, untuk membayar saman kenderaan.
"Peluang mendapat diskaun saman sehingga 50 peratus ini bukan selalu ada...saya akan mengambil peluang ini walaupun terpaksa keluar awal dari rumah.
"Saya tidak kisah untuk beratur panjang dan menunggu lama, kerana saya tidak mahu nama saya disenaraihitamkan kerana ada saman polis," katanya kepada Bernama.
Pensyarah di sebuah universiti swasta di ibu negara Rosnaini Hamzah, 40, pula berkata beliau sanggup datang dari Klang ke Bukit Jalil, semata-mata bagi mendapatkan diskaun saman.
"Saya dapat maklumat daripada media sosial PDRM ada beri diskaun saman. Jadi, peluang yang ada ini boleh saya bayar banyak saman tertunggak," katanya.
Sementara itu, jurucakap polis trafik berkata setakat ini tiada sebarang ketetapan berhubung kuota untuk membayar saman, namun ia bergantung kepada keadaan.
Beliau berkata hanya mereka yang membayar saman sempena program berkenaan di Bukit Jalil sahaja akan mendapat diskaun sehingga 50 peratus.
"Selain itu, mereka yang ada baucar saman juga boleh dapat diskaun 50 peratus, walaupun pembayaran dibuat secara dalam talian," katanya.
Menurut jurucakap polis, kaunter pembayaran saman di Bukit Jalil akan dibuka sehingga 5 petang, namun ia bergantung kepada keadaan orang ramai yang hadir sekiranya perlu dilanjutkan hingga malam.
Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI yang berlangsung tiga hari di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jall di sini, bermula hari ini, untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan, sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 Nov tahun lepas.
Ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran umum dan kefahaman terhadap hala tuju kerajaan bagi membina kepercayaan serta keyakinan antara kerajaan dengan rakyat, melalui kaedah pelaporan pencapaian secara berkala.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 08 2023
Kaunter bayaran saman diskaun 50 peratus dapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI hari pertama di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur, hari ini. -Bernama
Chelsea layak beraksi di Eropah musim hadapan
Caicedo meletakkan mereka di landasan untuk tiga mata pada separuh masa pertama dengan penyudah jarak jauh yang menakjubkan.
Hampir setiap hari ada yang sesat, mujur ada Pasukan Peronda TH
Inspektor Mohamed Amer memaklumkan kes jemaah haji tersesat atau tersasar berlaku hampir setiap hari terutama dalam kalangan yang baru tiba.
Berakhirnya era Jurgen Klopp dengan kemenangan Liverpool
Jurgen Klopp menamatkan pimpinannya yang menakjubkan di Liverpool dengan kemenangan 2-0 ke atas Wolves yang beraksi 10 pemain di Anfield.
Manchester United akhiri musim dengan pencapaian terburuk
14 kekalahan liga mereka dalam satu musim adalah yang tertinggi sejak mencatatkan 16 kekalahan semasa kempen 1989-90 di bawah Sir Alex Ferguson.
Pas kutuk ugutan bunuh terhadap Teresa Kok
Parti itu turut bersolidariti dengan Kok dalam isu keselamatan dan perlindungan diri daripada sebarang perbuatan jenayah.
[LAPOR LANGSUNG] Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Seorang pegawai berkata, nyawa Raisi dan Hossein Amirabdollahian berada dalam risiko berikutan nahas itu.
Helikopter terhempas: Nasib Presiden Raisi belum diketahui
Laporan awal menyatakan Raisi dalam perjalanan pulang dari lawatan ke sempadan Azerbaijan di barat laut Iran.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Man City rangkul kejuaraan kali keempat berturut-turut, atasi pencapaian Man United
Kejayaan terbaru City hadir apabila mereka mengatasi West Ham 3-1 pada hari terakhir.
Sharul Aimy cipta sejarah, rangkul pingat sulung negara pada kejohanan Asia
Atlet berusia 22 tahun itu menyambar gangsa acara melombol dengan mencatatkan 14.466 mata di belakang Carlos Yulo dan Abdulaziz Mirvaliev.
Polis keluar hampir 700 saman terhadap pelajar 2 sekolah di Petaling Jaya
Sebanyak 689 saman kesalahan lalu lintas membabitkan pelajar dua sekolah di Petaling Jaya direkodkan sejak Januari lepas.
Program Setahun Bersama Kerajaan Madani: Lebih 37,000 saman trafik dijelaskan
Sebanyak 37,242 saman trafik telah dijelaskan dalam tempoh dua hari bermula Jumaat lepas sempena Program Setahun Bersama Kerajaan Madani.
Kaunter diskaun saman trafik pada Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI meriah
Seawal 7 pagi, orang ramai sudah mula beratur untuk membayar saman, walaupun kaunter hanya dibuka pada 9 pagi.
Diskaun saman trafik sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
PDRM akan melaksanakan pengurangan kompaun saman trafik sehingga 50 peratus sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI bermula 8 hingga 10 Dis ini.
Treler hilang kawalan punca kemalangan maut
Nahas yang meragut nyawa dua pemandu treler di Kilometer 317.4 Lebuhraya Utara Selatan arah utara dekat sini pada Rabu dipercayai berpunca daripada treler membawa muatan simen yang hilang kawalan.
Polis Pulau Pinang kutip hampir RM5 juta bayaran saman
Polis Pulau Pinang merekodkan kutipan bayaran saman hampir RM5 juta sejak pelaksanaan tawaran diskaun 80 peratus saman trafik sempena 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia bermula Khamis lepas.
Lelaki menyamar sebagai pegawai kanan polis Bukit Aman ditahan
Suspek berumur 25 tahun itu ditahan susulan laporan diterima daripada seorang lelaki dan pihaknya turut merampas satu objek menyerupai pistol berwarna hitam.
Sasaran 30 ribu pengunjung di Karnival dan Hari Terbuka Putrajaya
Lebih 200 perkhidmatan ditawarkan daripada 23 kementerian serta 101 agensi kerajaan bersempena Hari Terbuka Putrajaya.
Henti diskaun saman trafik? Ini pandangan KPN
Pemberian diskaun bagi kompaun saman trafik sebenarnya memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.
Tiada diskaun saman pada 15 November - Trafik Bukit Aman
Terdapat individu tidak bertanggungjawab menyebarkan rakaman suara di aplikasi WhatsApp menggesa orang ramai membuat pembayaran pada hari itu.